Saturday, September 24, 2011

Pengalaman Yg Memberi Pengajaran

Assalamualaikum...

Fuhhhhhh... lega seleganya... baru skarang boleh tarik nafas dengan selesa. Hari ni aku dapat PENGALAMAN & PENGAJARAN YG BERGUNA..

Hari Rabu, 21 September 2011.. aku poskan coklat tempahan Akak Ipar & adiknya (Kak Ani & Yati). Untuk majlis harijadi anak sedaraku, Adam & Akif serta anak Yati, Iffah pada hari ini, Sabtu 24 Sept 2011.

Sampai ke pagi ini (sekitar 9.45 pg), barang tu belum sampai2 lagi.. huhu sadis betoll rasanya bila khabar gembira yg ditunggu belum jugak kunjung tiba menangis .. Masalah ini berpunca daripada Driver Skynet yg berhenti kerja pada hari 21 Sept tu... jadi hari tu barang memang tak datang ambik.. 22 hbln baru la barang tu diangkut ke pjbt Skynet Kuantan.

Dan.. alhamdulillah.. penantianku itu terhenti bila Kak Ani (akak iparku), SMS..

" Alhamdulillah.. Yana sukanya berguling di lantai .. coklat tu sampai doh kat Kerteh. Org tu telefon doh.. jadi kita g ambik la kat Kerteh (Pjbt Skynet). Kot sampai cni lewat plok. tersenyum lebar "


Sempat gak Yana terjah Skynet tadi.. jumpa la detail nih..






Jadi, Kesimpulannya disini.. TAK BOLEH Terima Tempahan Last Minit... Takut berlakunya kejadian yg tak diingini seperti ini.. (Barang tak sampai pada masa yg dikehendaki). Nasib gak barang akak ipar, kalo barang org lain.. tak tahu la aku camana nak uruskan huhuhuk.. Sungguh4 TAKUTTTT hokey!!  tidak mau lihat

Harap pasni, kejadian begini tak kan berlaku lagi... Pada Kak Ani & Yati.. Yana mintak maaf bebanyak deh atas segala kesulitan yg telah berlaku.. sedih .. Harap tak serik nak buat tempahan dengan Yana lagi hik3








Friday, September 23, 2011

Tempahan Daripada Yati & Kak Ani, Paka

Alhamdulillah... sempat gak siapkan tempahan daripada Yati dan Kak Ani (akak iparku). Biarpun masa yang ada tersangat4 la suntuk.. tempahan ni kira last minit aku dapat.Bayangkan, aku kena siapkan 104 biji coklat lolichoc dalam masa 3 hari... fuhhhh memang gile kentang la aku wat keje huhu.. nak buat macamana, akak ipar n anak sedara punya pasal kan.. aku tempohi jua hahahak...

Pada mulanya memang aku tak yakin sangat pada diri sendiri untuk siapkan tempahan tu..maklum la, sblm nih aku hanya boleh siapkan 10 btg lolichoc sahaja dlm sehari..ini nak kena siapkan 30 btg lolichoc dlm sehari.. cuba korang bayangkan.. memang tak tidur malam dibuatnya whew!

Akhirnya, coklat tu selamat jugak diposkan pada Kak Ani.. mintak maaf bebanyak la pada Yati dan Kak Ani, andai coklat yg terhasil tu tak berapa nak Chomel ek... paham2 aje ler kihkihkih... (tp rasanya dah Chomel dah tu eheheh)


Lolichoc Edible Image (Peribadi)
Kimi & Akif, anak sedaraku
"Happy Birthday Adam & Akif "
Semoga Pjg Umur, Murah Rezeki & Bahagia Sokmo deh senang

Cik Na, Saaayang Adam ngan Akif Selamanya cium


Lolichoc Edible Image (Peribadi)
Nur Iffah Darwisyah, 1 Tahun
"Happy Birthday Iffah"
Semoga Pjg Umur, Murah Rezeki & Menjadi Anak yg Menyenangkan Hati Mama & Papa



48 btg Lolichoc Edible Image (Peribadi)
Harga : RM 2.20 sebtg


30 btg Lolichoc Botol Susu
Harga : RM 1.20 sebtg


Lolichoc Mickey Mouse & Friend
Harga : RM 1.20 sebtg



Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc.. harap berpuas hati dengan hasil kerja kami. Kalau PUAS HATI bagitau kawan, kalau TAK PUAS HATI bagitau kami deh tersenyum lebar.. InsyaAllah, kami akan menerimanya dengan senang hati..





Thursday, September 22, 2011

Coklat Hantaran Pertunangan, Tempahan Kak Nor

Tempahan Coklat Hantaran Pertunangan daripada Kak Nor, Kuantan untuk sahabatnya, Shukri.Majlis pertunangan tu dah pun berlangsung pada 17 Sept 2011 yg lalu... Tahniah buat Shukri dan Nana. Selamat Bertunang... dan semoga perhubungan itu akan kekal ke jinjang pelamin.Amin.. tersenyum lebar


35 biji Praline (Kotak Hadiah)








Harga : RM 40 (Kotak Hadiah Exclusif) 


Terima kasih kerana sudi membuat tempahan coklat dengan pihak kami.. Harap berpuas hati mengedipkan matatersenyum lebar








Saturday, September 10, 2011

AKU MAHU JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB DLM PERNIAGAAN

Pada aku, dalam PERNIAGAAN nih kita perlu ada sifat..


JUJUR
* Dalam erti kata lain, tidak akan menipu pada pelanggannya

AMANAH
BERTANGGUNGJAWAB
* Memikul tanggungjawab, yakni melunaskan segala janji yg telah dibuat kepada pelanggannya



Bertitik tolak daripada itu, AKU TIDAK MAHU MENJADI SEORANG MANUSIA YG AKAN SENTIASA DIKUTUK KERANA MENIPU ORG LAIN.

InsyaALLAH, aku akan berlaku JUJUR pada semua pelangganku.. Jadi korang JANGAN la rasa takut utk berurusan denganku yek tersenyum lebarlebah..

AKU TAK MAHU DILAKNAT ALLAH DAN MASUK NERAKA kerana tamakkan duit cemasmenangis ... sia2 aje hidup kalo dah amik duit org pastu hilang lenyap begitu sahaja kan? kan?..tak mo tipu2 ek.. bila kita menipu org sekali.. berkali2 orang akan menipu kita balik.. INGAT tu!!!


**********

Memang benar kata orang, dalam perniagaan nih bermacam2 kerenah manusia yg kita akan jumpa.. Jujur, Amanah, Menipu, Ditipu, Tertipu etc.. Sebetulnya, perkara ini dah lama aku nak tulis tapi asyik tertangguh aje.. sementara aku dlm mood ingin menulis nih. Elok la aku coretkannnya biar selesai.

Ni kira kisah teladan la ek.. jom la baca..

3 bulan yg lalu, masa aku balik kampung. Mak aku ada bercerita pasal si Suzana, ala DJ Radio THR Gegar yg glemer tu.. kalo korang nak tahu, mak aku ni peminat setia Radio THR hehe.. sambil duk membuat karipap segera, sambil tu la duk melayan radio THR.. hilang sket ngantuk dan bosan katanya.

OK, berbalik pada Akak Suzana, DJ Radio THR Gegar tu... dia ada la bercerita pasal majlis perkahwinan dia.. masa tu tak silap aku, dia baru je pas kawen. Masa dia nak kawen tu, ada la dia buat tempahan cupcake ngan sorang akak ni (aku namakan dia Kak Nini laa).

Duit sume dah siap bayar.. cuma tunggu Kak Nini tu hantar aje cupcake yang nak digunakan masa majlis kawennya tu. Bila dah nak sampai tarikh majlis, Akak Suzana pun tepon la Kak Nini yg dah amik duit dia tu.. alih2 Kak Nini tu cakap, cupcake Suzana tu tak dapat disiapkan.. ada masalah ape tah.

Si Suzana nih nak marah bukan kepalang la kan.. iye la duit sume dah amik.. alih2 cupcake pulak tak dapat nak siapkan... Okey, pendekkan cerita... pas habes jer majlis kawen Kak Suzana tu, terus la dia (Suzana) call Kak Nini tu tanyakan duit dia tu.. nak balik la duit tu kan.

Banyak dalih pulak Kak Nini tu, buat2 lupa lak kan... Sampai ke sudah Kak Nini tu tak pulang balik duit Kak Suzana.. bila Suzana call, dia tak angkat.. buat lupa la pulak yg dia dah amik duit org huhu.. Kesudahan citer, aku tak tahu la skrg nih, Kak suzana (Dj THR Gegar) tu dah dapat ke belum duit dia tu....

Hmm, apalah punya manusia... tak pernah terfikir ke apa yg akan berlaku bila kita dah makan duit org.. jadi darah daging tuuuu... tak baik tauuu.. tipu2 orang gitu.. kalo dah tak dapat tunaikan janji, pulangkan la duit org balik.. duit bole kita cari.. tapi KEPERCAYAAN org payah kita nak cari beb..

Semoga dapat la sedikit pengajaran daripada cerita diatas ni eh.. Adios












Wednesday, September 7, 2011

Tempahan Coklat Hantaran drp Suraini

Tempahan coklat hantaran drp Suraini (mak sepupuku) untuk majlis perkahwinannya pada 01 September 2011.Alhamdulillah, sempat gak aku siapkan tempahan tersebut biarpun dalam keadaan tergesa2 hehe.. maklum la, aku ni kalo tiba jer bulan Ramadhan.. akan sibuk ler ngan kain baju raya.. amik tempahan jahit baju tuk cari duit poket la katakan ahakss..

Jom tengok coklat hantaran daripada Suraini untuk bakal suaminya, Nizam..


35 biji praline (Kotak Hadiah)









Pssttt.. pssstttt.. psssstttt
Jom tengok gambo Yana n family
bersama Pengantin Baru, Suraini & Nizam

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tema merah putih youuu..


" SELAMAT PENGANTIN BARU
SURAINI & NIZAM "

** Moga kekal bahagia hingga hujung nyawa



Terima kasih kerana sudi membuat tempahan coklat dengan Chomel Choc..






Tuesday, September 6, 2011

Tempahan Loose Order & Lolichoc drp Sahabat Fariha

Tempahan Loose Order & Lolichoc pelbagai bentuk daripada sahabat Fariha.. Alhamdulillah, semuanya suka ngan dekorasi coklat dari Chomel Choc..







Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc.. pasni kalo teringin nak makan coklat, tempah la lagi dengan kami hehe tersenyum lebar  mengerlingkan mata








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...