Saturday, September 10, 2011

AKU MAHU JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB DLM PERNIAGAAN

Pada aku, dalam PERNIAGAAN nih kita perlu ada sifat..


JUJUR
* Dalam erti kata lain, tidak akan menipu pada pelanggannya

AMANAH
BERTANGGUNGJAWAB
* Memikul tanggungjawab, yakni melunaskan segala janji yg telah dibuat kepada pelanggannya



Bertitik tolak daripada itu, AKU TIDAK MAHU MENJADI SEORANG MANUSIA YG AKAN SENTIASA DIKUTUK KERANA MENIPU ORG LAIN.

InsyaALLAH, aku akan berlaku JUJUR pada semua pelangganku.. Jadi korang JANGAN la rasa takut utk berurusan denganku yek tersenyum lebarlebah..

AKU TAK MAHU DILAKNAT ALLAH DAN MASUK NERAKA kerana tamakkan duit cemasmenangis ... sia2 aje hidup kalo dah amik duit org pastu hilang lenyap begitu sahaja kan? kan?..tak mo tipu2 ek.. bila kita menipu org sekali.. berkali2 orang akan menipu kita balik.. INGAT tu!!!


**********

Memang benar kata orang, dalam perniagaan nih bermacam2 kerenah manusia yg kita akan jumpa.. Jujur, Amanah, Menipu, Ditipu, Tertipu etc.. Sebetulnya, perkara ini dah lama aku nak tulis tapi asyik tertangguh aje.. sementara aku dlm mood ingin menulis nih. Elok la aku coretkannnya biar selesai.

Ni kira kisah teladan la ek.. jom la baca..

3 bulan yg lalu, masa aku balik kampung. Mak aku ada bercerita pasal si Suzana, ala DJ Radio THR Gegar yg glemer tu.. kalo korang nak tahu, mak aku ni peminat setia Radio THR hehe.. sambil duk membuat karipap segera, sambil tu la duk melayan radio THR.. hilang sket ngantuk dan bosan katanya.

OK, berbalik pada Akak Suzana, DJ Radio THR Gegar tu... dia ada la bercerita pasal majlis perkahwinan dia.. masa tu tak silap aku, dia baru je pas kawen. Masa dia nak kawen tu, ada la dia buat tempahan cupcake ngan sorang akak ni (aku namakan dia Kak Nini laa).

Duit sume dah siap bayar.. cuma tunggu Kak Nini tu hantar aje cupcake yang nak digunakan masa majlis kawennya tu. Bila dah nak sampai tarikh majlis, Akak Suzana pun tepon la Kak Nini yg dah amik duit dia tu.. alih2 Kak Nini tu cakap, cupcake Suzana tu tak dapat disiapkan.. ada masalah ape tah.

Si Suzana nih nak marah bukan kepalang la kan.. iye la duit sume dah amik.. alih2 cupcake pulak tak dapat nak siapkan... Okey, pendekkan cerita... pas habes jer majlis kawen Kak Suzana tu, terus la dia (Suzana) call Kak Nini tu tanyakan duit dia tu.. nak balik la duit tu kan.

Banyak dalih pulak Kak Nini tu, buat2 lupa lak kan... Sampai ke sudah Kak Nini tu tak pulang balik duit Kak Suzana.. bila Suzana call, dia tak angkat.. buat lupa la pulak yg dia dah amik duit org huhu.. Kesudahan citer, aku tak tahu la skrg nih, Kak suzana (Dj THR Gegar) tu dah dapat ke belum duit dia tu....

Hmm, apalah punya manusia... tak pernah terfikir ke apa yg akan berlaku bila kita dah makan duit org.. jadi darah daging tuuuu... tak baik tauuu.. tipu2 orang gitu.. kalo dah tak dapat tunaikan janji, pulangkan la duit org balik.. duit bole kita cari.. tapi KEPERCAYAAN org payah kita nak cari beb..

Semoga dapat la sedikit pengajaran daripada cerita diatas ni eh.. Adios












0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...