Showing posts with label AL-KISAH CHOMEL CHOC. Show all posts
Showing posts with label AL-KISAH CHOMEL CHOC. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Kerongsang & Butang Baju Melayu Mutiara Sabah Untuk Dijual


Assalamualaikum..

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,

Saya ada koleksi Brooch & Butang Baju Melayu Mutiara Sabah untuk dijual

Harga mampu milik saya kira..

RM 12.90 SAHAJA untuk 1 SET Brooch & Butang Baju Melayu

dan saya dengan baik hatinya nak kasi korang...

>>PERCUMA<<
1 Uncang Kain Tema Bunga untuk Brooch
1 Uncang Kain Tema Kereta Herbie untuk Butang Melayu
(Kos penghantaran tak termasuk hokey)

Nanti boleh la korang bergaya sakan di pagi raya kannnn :)
Nak nak lagi dengan uncang kain kapas yang ada gambo gitu...
Selamat la brooch ngan butang melayu korang duk dalam tu...
Gebu ajer hahaha

Stok adalah TERHAD yep..

Siapa cepat dia dapat!!!
























Ini antara koleksi uncang percuma yang aku nak kasi korang..
ada 3 warna bunga tuk korang pilih
dan 3 warna kereta jugak tuk korang pilih

Jom lah dapatkan SEKARANG!!!



BERMINAT???

Korang boleh SMS/Call : 012 9229675 (Puan Yana)
Guna Mail pun boleh... myvipink82@gmail.com


Nota Jemari Runcing :
Testing Market dulu, jadi hanya yang lam gambo ni aje yang ada.. Time kasih :)





Thursday, January 12, 2012

Bukan Merajuk Tapi Mahu Bersendiri

Assalamualaikum semua..

Dah lama tade entry baru kat blog nih.. bukan merajuk sbb tade projek hokey.. tapi buat masa skarang nih.. Kesihatanku kurang memuaskan sangat2..

Dah sebulan lebih rasanya aku tak bukak blog nih.. memang tak larat sangat nak menghadap komputer. Alhamdulillah, hari nih diberi kesempatan utk sihat sekejap.. jadi dapat la buka blog dan post entry sekeping..

Dalam simpanan aku, ada sekeping dua acuan baru.. tapi masih lagi terperosok dlm kotak. Sebabnya tak larat nak membancuh coklat utk di buat sample.. InsyaAllah akan ditayangkan sedikit masa lagi.. doakan la ek..

Ok lah.. kepala pun dah berdenyut2.. cau dulu la aihh.. Daaaaaa    melambaikan tangan








Saturday, September 24, 2011

Pengalaman Yg Memberi Pengajaran

Assalamualaikum...

Fuhhhhhh... lega seleganya... baru skarang boleh tarik nafas dengan selesa. Hari ni aku dapat PENGALAMAN & PENGAJARAN YG BERGUNA..

Hari Rabu, 21 September 2011.. aku poskan coklat tempahan Akak Ipar & adiknya (Kak Ani & Yati). Untuk majlis harijadi anak sedaraku, Adam & Akif serta anak Yati, Iffah pada hari ini, Sabtu 24 Sept 2011.

Sampai ke pagi ini (sekitar 9.45 pg), barang tu belum sampai2 lagi.. huhu sadis betoll rasanya bila khabar gembira yg ditunggu belum jugak kunjung tiba menangis .. Masalah ini berpunca daripada Driver Skynet yg berhenti kerja pada hari 21 Sept tu... jadi hari tu barang memang tak datang ambik.. 22 hbln baru la barang tu diangkut ke pjbt Skynet Kuantan.

Dan.. alhamdulillah.. penantianku itu terhenti bila Kak Ani (akak iparku), SMS..

" Alhamdulillah.. Yana sukanya berguling di lantai .. coklat tu sampai doh kat Kerteh. Org tu telefon doh.. jadi kita g ambik la kat Kerteh (Pjbt Skynet). Kot sampai cni lewat plok. tersenyum lebar "


Sempat gak Yana terjah Skynet tadi.. jumpa la detail nih..






Jadi, Kesimpulannya disini.. TAK BOLEH Terima Tempahan Last Minit... Takut berlakunya kejadian yg tak diingini seperti ini.. (Barang tak sampai pada masa yg dikehendaki). Nasib gak barang akak ipar, kalo barang org lain.. tak tahu la aku camana nak uruskan huhuhuk.. Sungguh4 TAKUTTTT hokey!!  tidak mau lihat

Harap pasni, kejadian begini tak kan berlaku lagi... Pada Kak Ani & Yati.. Yana mintak maaf bebanyak deh atas segala kesulitan yg telah berlaku.. sedih .. Harap tak serik nak buat tempahan dengan Yana lagi hik3








Saturday, September 10, 2011

AKU MAHU JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB DLM PERNIAGAAN

Pada aku, dalam PERNIAGAAN nih kita perlu ada sifat..


JUJUR
* Dalam erti kata lain, tidak akan menipu pada pelanggannya

AMANAH
BERTANGGUNGJAWAB
* Memikul tanggungjawab, yakni melunaskan segala janji yg telah dibuat kepada pelanggannya



Bertitik tolak daripada itu, AKU TIDAK MAHU MENJADI SEORANG MANUSIA YG AKAN SENTIASA DIKUTUK KERANA MENIPU ORG LAIN.

InsyaALLAH, aku akan berlaku JUJUR pada semua pelangganku.. Jadi korang JANGAN la rasa takut utk berurusan denganku yek tersenyum lebarlebah..

AKU TAK MAHU DILAKNAT ALLAH DAN MASUK NERAKA kerana tamakkan duit cemasmenangis ... sia2 aje hidup kalo dah amik duit org pastu hilang lenyap begitu sahaja kan? kan?..tak mo tipu2 ek.. bila kita menipu org sekali.. berkali2 orang akan menipu kita balik.. INGAT tu!!!


**********

Memang benar kata orang, dalam perniagaan nih bermacam2 kerenah manusia yg kita akan jumpa.. Jujur, Amanah, Menipu, Ditipu, Tertipu etc.. Sebetulnya, perkara ini dah lama aku nak tulis tapi asyik tertangguh aje.. sementara aku dlm mood ingin menulis nih. Elok la aku coretkannnya biar selesai.

Ni kira kisah teladan la ek.. jom la baca..

3 bulan yg lalu, masa aku balik kampung. Mak aku ada bercerita pasal si Suzana, ala DJ Radio THR Gegar yg glemer tu.. kalo korang nak tahu, mak aku ni peminat setia Radio THR hehe.. sambil duk membuat karipap segera, sambil tu la duk melayan radio THR.. hilang sket ngantuk dan bosan katanya.

OK, berbalik pada Akak Suzana, DJ Radio THR Gegar tu... dia ada la bercerita pasal majlis perkahwinan dia.. masa tu tak silap aku, dia baru je pas kawen. Masa dia nak kawen tu, ada la dia buat tempahan cupcake ngan sorang akak ni (aku namakan dia Kak Nini laa).

Duit sume dah siap bayar.. cuma tunggu Kak Nini tu hantar aje cupcake yang nak digunakan masa majlis kawennya tu. Bila dah nak sampai tarikh majlis, Akak Suzana pun tepon la Kak Nini yg dah amik duit dia tu.. alih2 Kak Nini tu cakap, cupcake Suzana tu tak dapat disiapkan.. ada masalah ape tah.

Si Suzana nih nak marah bukan kepalang la kan.. iye la duit sume dah amik.. alih2 cupcake pulak tak dapat nak siapkan... Okey, pendekkan cerita... pas habes jer majlis kawen Kak Suzana tu, terus la dia (Suzana) call Kak Nini tu tanyakan duit dia tu.. nak balik la duit tu kan.

Banyak dalih pulak Kak Nini tu, buat2 lupa lak kan... Sampai ke sudah Kak Nini tu tak pulang balik duit Kak Suzana.. bila Suzana call, dia tak angkat.. buat lupa la pulak yg dia dah amik duit org huhu.. Kesudahan citer, aku tak tahu la skrg nih, Kak suzana (Dj THR Gegar) tu dah dapat ke belum duit dia tu....

Hmm, apalah punya manusia... tak pernah terfikir ke apa yg akan berlaku bila kita dah makan duit org.. jadi darah daging tuuuu... tak baik tauuu.. tipu2 orang gitu.. kalo dah tak dapat tunaikan janji, pulangkan la duit org balik.. duit bole kita cari.. tapi KEPERCAYAAN org payah kita nak cari beb..

Semoga dapat la sedikit pengajaran daripada cerita diatas ni eh.. Adios












Thursday, May 26, 2011

Coklat Untuk Nadia & Muhamad..

28 Mei 2011,
Tarikh Perkahwinan adik iparku, Nadia & Muhamad

So, aku dengan senang hatinya...
Nak menghadiahkan..
Coklat untuk si Pengantin Baru..

" Selamat Pengantin Baru.. Nadia & Mohamad "
.. Semoga jodoh berkekalan hingga ke hujung nyawa ..







Kata Cik Asben..
Tak yah la bagi yg besar2 sbb Nadia tak suka sgt makan cekelat..
Takut Gemuk hehe..
Itu sebabnya aku bagi yg bekas kecik ajer =D






Wednesday, May 11, 2011

Kek Coklat & Lolichoc Sakura

11 Mei 2011..
Genap usia puteri sulungku, Khairina Batrisyia.. 5 Tahun
Sempena ngan harijadinya..
Aku ada buat sesuatu tuk di hadiahkan pada kengkawannya kat sekolah

Semalam,
Dari pagi hingga petang duk bersilat kat ceruk dapur
Demi anak tercinta..
Aku gagahkan jua biar badan dah terasa cam nak melengkung
Dek kerana rasa sakit pinggang yang teramat

Hmmm.. toksah citer la aihh pasal tu..
Jom la kita tengok ape yang dah aku buat untuk si Batrisyia tu..


Kek Coklat & Lolichoc Sakura


Dah siap packing cecantik
Untuk dihadiahkan pada kawan2 Batrisyia


Sempat gak posing sebelum gi Skolah =D


Ada gak bagi kat anak jiran sebelah umah..
Sempat lagi mak dia tanya "berape harga sepeket tu?"
Ehehe rasa cam kelakar lak..
Nanti la pikir dulu harganya
Tu pun kalau ada yang nak menempah hihi








Monday, April 18, 2011

Pembukaan Chomel Choc

Assalamualaikum pembuka bicara..
Kepada semua..
Kini dirasmikan...
Pembukaan Blog Chomel Choc
untuk menerima sebarang tempahan dari anda.

Kepada penggemar coklat..
Sila lah buat tempahan anda sekarang!!
(Ala2 paksa gitu ahakss.. takdelah gurau jer hihi)

Kepada 3 pelanggan pertama..
Yang membuat pembelian RM 30 keatas
Kami dengan murah hati akan menghadiahkan...


Coklat Coffee Bean (100 biji) setiap seorang
Suka takkkkk????
Harap2 dapat la terima hadiah yg tak seberapa ni ek..hihi









Friday, April 15, 2011

Terima Kasih Ya Allah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bersyukur aku padamu Ya Allah..
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau mempermudahkan segala2 nya

Setelah sebulan lebih bergelumang ngan coklat.. dan blog
Akhirnya siap sudah mendeko blogshopku ini..
InsyaAllah akan mula beroperasi dalam masa yg terdekat ini
Mudah2 an ada la rezeki untukku dalam bidang coklat ini..

Hmm..coklat2 dalam simpanan tu..
Bulih la bagi kawan2 rasa
Mana la tau ada rezeki ker hihi

Mood :
Letih, Lesu dan rasa cam nak demam jer nih huhu







Saturday, March 26, 2011

Coklat Pertama Dari Chomel Choc

Ehem..Ehem..Testing..Testing.. =D
Ini adalah entry pertama dari Yana untuk blog Chomel Choc ni..
Kiranya sebagai satu permulaan dalam membina bisnes coklat yang begitu femes skarang nih

Tanggal 22 Mac 2011,
Adalah Hari Lahir My Lovely Husband..Khairul Anuar B. Mamat
Maka, Yana dengan senang hatinya menggunakan kepakaran yang ada..
Mendeco sesuatu yang istimewa di harijadi Cik Asben itu

Setelah sepetang bersilat di meja makan..
Hasilnya tidak mengecewakan..
Sungguh seronok tengok hasil keras tangan sendiri itu hik3
Hmm.. Not Bad la kot hasil yang pertama ni..
Moh ler kita tengok apa yang dah Yana buat tu..
Kalo rasa cam tak Chomel jangan kutuk eh hihi

Tadaaaaa....


35 Praline Berfilling Almond Nibs






35 Praline dalam kotak gold color




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...