Thursday, February 23, 2012

Tempahan Lolichoc Sakura drp Pn Lynee, Ampang

Tempahan 35 btg Lolichoc Sakura warna purple daripada Puan Lynee, Ampang. Coklat2 tu nak digunakan untuk majlis pertunangan. Semoga majlisnya berjalan dengan lancar la yek! senang


35 btg Lolichoc Sakura warna purple


Masa tengah duk snap2 gambo coklat, tetiba jer Zahin bagi idea yg bernas pada ibu dia.. rasa nak tergelak guling2 pun ada waktu tu hahahak.. Jom tengok idea bernas daripada Zahin tersenyum lebar



Ni haaaa.. idea dari Zahin
Nak jugak masukkan lori dia lam gambo coklat ibu huhu
Bertuah punya budak berpikir  jatuh cinta
Bagi tanak menghampakan Zahin...
Jadi, ibu dgn rela hati snap la gambo coklat bersama ngan lori dia tu hi3



Alhamdulillah... coklat yg dipos selamat tiba ke tangan Puan Lynee. Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc tersenyum lebar


Hapdet Terkini (27/02/2012)

Tadi bukak mel, aku terima kiriman gambo gubahan coklat pertunangan daripada Puan Lynee.. terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi gambo gubahan yang canteek itu dengan pihak Chomel Choc.. aku hargainya sangat2  tersenyum lebar


Sangat kreatif hokeyyy..







Thursday, January 12, 2012

Bukan Merajuk Tapi Mahu Bersendiri

Assalamualaikum semua..

Dah lama tade entry baru kat blog nih.. bukan merajuk sbb tade projek hokey.. tapi buat masa skarang nih.. Kesihatanku kurang memuaskan sangat2..

Dah sebulan lebih rasanya aku tak bukak blog nih.. memang tak larat sangat nak menghadap komputer. Alhamdulillah, hari nih diberi kesempatan utk sihat sekejap.. jadi dapat la buka blog dan post entry sekeping..

Dalam simpanan aku, ada sekeping dua acuan baru.. tapi masih lagi terperosok dlm kotak. Sebabnya tak larat nak membancuh coklat utk di buat sample.. InsyaAllah akan ditayangkan sedikit masa lagi.. doakan la ek..

Ok lah.. kepala pun dah berdenyut2.. cau dulu la aihh.. Daaaaaa    melambaikan tangan








Saturday, December 3, 2011

Tempahan Coklat drp Surawati, Marang

Tempahan 35 biji Praline (Kotak hadiah) dan 35++ biji Praline (kotak Hadiah) daripada Surawati @ Ati, Marang. Coklat Praline tu nak dijadikan Hantaran Pertunangannya pada 03 Dis nanti...

" Selamat Bertunang Ati & Arm.. "
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin mengerlingkan matatepuk tangan


Kaler Oren + Putih





Kaler Merah + Putih


35++ biji Praline (Kotak hadiah)
Harga : RM 45


Alhamdulillah... coklat yg dihantar, selamat tiba pada penerimanya. Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc. Nak kawen nanti tempah la lagi eh hehe mengerlingkan mata






Tuesday, November 29, 2011

Tempahan Lolichoc Sakura drp Puan Mas, Damansara

Tempahan 80 biji lolichoc Sakura daripada Puan Mas, Damansara. Coklat2 tu nak dijadikan gubahan hantaran  bersempena dengan pertunangan abangnya.. (kalo tak silap la hehe).. Alhamdulillah, selamat dihantar pada penerimanya.


40 biji Lolichoc Sakura warna Putih
** Sori.. gambo kurang memuaskan sbb nak cepat huhu



40 biji Lolichoc Sakura warna Biru Turqoise
** Dek kerana tak dapat mencari warna turqoise sebenar,
makanya terpaksa la aku mencampur adukkan kaler 
agar menjadi seperti yg di ingini Puan Mas..  tersenyum lebar




Terima kasih pada Puan Mas kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc.. harapnya berpuas hati la dengan hasil kerja kami..







Saturday, November 12, 2011

Tempahan drp Kak Zue Ezurien, Kota Bharu

Tempahan 24 biji Praline (Kotak Hadiah).. daripada Kak Zue Ezurien, Kota Bharu. Coklat nih dihadiahkan pada anak saudaranya yang berada di Sungai Isap jaya, bersempena ngan majlis pertunangan beliau. Alhamdulillah, coklat tu dah selamat dihantar pada penerimanya semalam.

"Selamat Bertunang buat Wardda & Zakry..
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin yek damai"





 








Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan Chomel Choc...








Thursday, November 3, 2011

Tempahan Coklat Praline Drp Luqman utk Insan Istimewa..

Tempahan 35++ biji Praline (Kotak Hadiah) daripada Luqman untuk Insan Istimewa dihatinya... Alhamdulillah, akhirnya bungkusan yg dihantar tiba jua pada penerimanya dengan selamat...








Permintaan drp Luqman..
Mintak dilekatkan sesuatu pada kotak coklat


Apa yg tertulis diatas kad tu yek???
Korang nak tahu???
Hemmm, "Biarlah Rahsia"... hak3
Biarlah hanya akak, Luqman n org tertentu sahaja yg tahu.. tersenyum lebar


Terima kasih kerana membuat tempahan dengan Chomel Choc senang






Thursday, October 27, 2011

Tempahan Lolichoc Sakura drp Kak Azizah

Tempahan 30 batang Lolichoc Sakura daripada Kak Azizah, Selangor. Lolichoc nih nak dijadikan hantaran pertunangan anak buahnya. Selamat berTunang diucapkan..







Alhamdulillah, coklat dah selamat tiba ke tangan Kak Azizah.. Semoga berpuas hati dengan hasil kerja Yana.. dan  Terima kasih kerana membuat tempahan dgn Chomel Choc  tersenyum lebar


UPDATED TERKINI..

Ini gambo Coklat Lolichoc Sakura yg telah di gubah oleh Kak Azizah & keluarganya.. Terima Kasih pada Kak Nazzatul Izzati kerana sudi berkongsi gambo nih dekat FB Chomel Choc.. Jasamu tetap ku kenang hehe mengerlingkan matatersenyum lebar





Colourful Gitu..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...